Monday, 14 March 2011

jAnGaN SamPai bERtUhAnkAN nAfsU yE,,,,,,,

KEBAIKAN pasti akan membawa kepada kebahagiaan dan kesejahteraan serta keharmonian dalam hidup kita. 

Selain itu, keburukan juga berlaku dalam masyarakat kita seperti merompak atau menyamun. Keburukan yang berlaku adalah disebabkan beberapa faktor seperti tidak menghiraukan larangan Allah. Begitu juga keharmonian boleh digapai apabila kita menuruti petunjuk Allah yang maha kuasa. Menghindari lebih baik daripada mencegah. Kali ini kita bermuhasabah untuk menghindari faktor perosak. Saidina Umar berkata: "Sekiranya kamu ingin menghindari keburukan kamu mesti mengetahui kejahatan itu supaya senang kamu menghindarinya." Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Ada tiga perkara yang merosak hawa nafsu yang dituruti kedekut yang ditaati dan kekaguman pada diri sendiri." Pertama, hawa nafsu bukan dibunuh tetapi dididik. Kerana nafsu dunia jadi indah, sebab itu dunia dibangunkan, rasa cinta kepada harta, takhta dan wanita mengindahkan kehidupan selama mana dalam batas yang dibenarkan. Ikut nafsu, lesu, ikut hati, mati, ikut rasa binasa. Remaja yang tenggelam dalam hawa nafsunya lemas dalam lilitannya. Cinta tanpa batasan, pergaulan bebas, berhibur secara berlebihan akhirnya nafsu menjadi tuhan, berkiblatkan perasaan serta tiada lagi batasan. Pada masa itu pekak telinganya buta matanya akhirnya terkunci hatinya. Allah sudah mengingatkan hamba-Nya menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan. Allah membiarkan mereka sesat dalam keadaan berilmu lalu Allah mengunci mati pendengaran dan hatinya." Ini yang dibimbangkan terhadap sebilangan remaja kita, belajar di universiti, ilmu banyak, mempunyai ijazah, berjawatan serta gaji tinggi tetapi jadi pak turut kepada hawa nafsu jahat. Kebanyakan mereka ditangkap kerana rasuah, pecah amanah, merogol, seks bebas, buang bayi dan pelbagai jenayah. Tidak dinafikan juga ada jenayah dilakukan mereka yang berpelajaran. Hakikatnya, jika kita ingin menjadi insan yang baik, bukan hanya perlu kepada ilmu dan segulung ijazah tetapi lebih penting ialah azimat iman untuk mengekang kemahuan nafsu menggila. Subjek pembelajaran sepatutnya ditekankan untuk mengendalikan hawa nafsu. Remaja sepatutnya bukan hanya memburu kecerdikan tetapi kebaikan. Kedua, sifat yang merosak adalah kedekut. Kedekut adalah satu sifat terlalu cintakan harta hingga tidak mengeluarkan zakat. Tidak terpanggil membantu sesama Muslim dalam bidang ekonomi juga dipanggil kedekut. Sama ada menyokong mereka dengan membeli produk atau dengan tidak menjatuhkannya. Ada setengah remaja menghambur duit di tempat perjudian, minuman keras, melayan teman wanita. Malangnya derma anak yatim tidak dipandang, tabung masjid yang disediakan dibiarkan, begitu juga tabung Palestin tiada sambutan. Kedekut bukan terbatas kepada duit saja tetapi merangkumi kedekut idea, pendapat, kedekut nota kuliah, resipi dan tenaga. Program kebaikan dan bermanfaat di kampus dan surau serta masjid kadang-kadang tidak mendapat sokongan memberangsangkan di kalangan remaja. Tetapi jika konsert, hiburan tanpa dijemput sanggup melakukan apa saja untuk menikmatinya. Pemuda yang mewarisi negara perlu belajar menjadi pemurah, suka membantu, ringan tangan dan penyokong setia kebaikan. Ketiga, sifat bangga diri. Ia pasti akan merosakkan diri, keluarga dan masyarakat. Orang yang bangga diri biasanya merasa ada kelebihan luar biasa pada dirinya yang tidak mampu ditandingi orang lain. Mereka yang terkena penyakit begini biasanya mudah memperkecilkan kebolehan orang lain. Apabila melakukan kesalahan sukar untuk diri mengakuinya, jarinya mudah menuduh dan menuding orang lain. Fitnah terkutuk sanggup dilakukan demi untuk menjaga nama baik dirinya yang sebenarnya memang jelek.

No comments:

Post a Comment